web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Ceroboh Kediaman MB Selangor: Polis Sahkan Terima Laporan Penafian Tiga Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 7:43PM

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis mengesahkan menerima laporan berbentuk penafian. membabitkan tiga individu yang didakwa menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini pada Jumaat lepas.

"Kita telah lengkapkan kertas siasatan dan edar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut pada petang ini," menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata tiga pengamal media direman dua hari bermula 6 Jan lepas bagi membantu siasatan berikutan insiden itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sementara itu,Mohamad Suffi Kamari, 35, menafikan telah menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor sebaliknya mendakwa beliau menerima jemputan sebagai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu penduduk Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur.

Mohamad Suffi berkata beliau bersama dua rakannya telah diminta oleh wakil Jawatankuasa Gerakan Pertubuhan Ummah untuk menghadiri pertemuan dengan Datuk Seri Amirudin Shari pada hari kejadian.

Beliau berkata pemakluman mengenai kehadiran mereka juga telah dibuat kepada pegawai bertugas di pintu pagar masuk kediaman rasmi itu.

"Selepas dibenarkan masuk, saya juga sempat berada bersama Menteri Besar dan penduduk Kampung Sungai Sireh. Saya juga bersalaman dengan Menteri Besar Selangor yang sedang mengetuai mesyuarat tersebut.

"Tiada sebarang provokasi sepanjang pertemuan tersebut... di tengah mesyuarat, saya dipanggil keluar oleh pegawai Menteri Besar Selangor yang kemudian menuduh saya menceroboh kediaman itu sebelum kami ditangkap," katanya selepas membuat laporan di lbu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Harakah Nadzir Helmi pula berkata laporan yang dibuat oleh tiga petugasnya itu adalah bagi mempertahan kebenaran. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad