web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Dubai: Setiausaha Politik Kanan PM Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 6:14PM

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop (kanan) selepas membuat laporna polis di IPD Putrajaya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap gerakan "Langkah Dubai” yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini, beliau berkata laporan polis itu juga sebagai isyarat kepada pihak bertanggungjawab agar menghentikan usaha sia-sia tersebut kerana ia bukan sahaja menganggu sistem demokrasi berparlimen malah mewujudkan ketidakstabilan politik negara.

“Kita mahu gerakan ini ditamatkan sebab tak nak rakyat kata kerajaan tak ambil tindakan. Saya harap pihak polis segera siasat agar mereka yang terlibat dihukum," katanya.

Beliau berkata laporan polis sama turut dibuat Angkatan Muda Keadilan di seluruh negara hari ini.

Ditanya tentang kesahihan kewujudan gerakan itu, Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan MADANI berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Pada 30 Dis lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa "Langkah Dubai" timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh dari pihak kerajaan, di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya akan menjalankan siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad