web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Meningkat Tengah Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 2:58PM

Anggota JBPM Kota Tinggi membantu menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di tingkat 2 premis niaga di Jalan Jaafar, Kota Tinggi, Johor Bahru. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang terus meningkat dengan sebanyak 8,578 mangsa berlindung di 78 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini berbanding 5,394 mangsa di 63 PPS, pagi tadi.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 7,413 orang daripada 2,060 keluarga yang ditempatkan di 52 PPS di enam daerah berbanding 4,549 orang di 40 PPS setakat jam 8 pagi.

Menurut laporan itu, sebanyak 3,796 mangsa berlindung di 25 PPS di Kota Tinggi, diikuti Johor Bahru dengan 1,837 mangsa daripada 505 keluarga di 10 PPS, Kluang (1,635 mangsa daripada 501 keluarga, 14 PPS) serta masing-masing satu PPS di Kulai (86 mangsa daripada 23 keluarga), Pontian (17 mangsa daripada empat keluarga) dan Segamat (42 mangsa daripada 11 keluarga).

Di Pahang, situasi banjir semakin buruk membabitkan 1,165 mangsa daripada 316 keluarga berlindung di 26 PPS membabitkan tiga daerah, berbanding 845 mangsa di 23 PPS pagi tadi.

Sebanyak 485 mangsa daripada 115 keluarga ditempatkan di 11 PPS, diikuti Rompin dengan 448 mangsa daripada 140 keluarga, manakala di Pekan membabitkan 232 mangsa daripada 61 keluarga di tujuh PPS.

Selain itu, satu PPS dibuka di Kuching, Sarawak disebabkan oleh bencana kebakaran yang menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati beberapa sungai mencatatkan paras bahaya antaranya Sungai Kedah, Kota Setar di Kedah; Sungai Kelantan, Gua Musang, Kelantan dan lima sungai di Pahang iaitu Sungai Kuantan, Kuantan; Sungai Pahang di Pekan, Jerantut dan Maran dan Sungai Rompin, Rompin.

Batang Sadong, Serian di Sarawak serta Sungai Arau di Arau, Perlis turut berada dalam senarai paras bahaya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi hantaran di Facebook hari ini melaporkan sebanyak 46 lokasi terkesan bencana iaitu 26 lokasi banjir, 12 lokasi cerun runtuh, tiga lokasi jambatan rosak dan runtuh serta satu lokasi jalan mendap.

JKR turut memaklumkan sebanyak 19 lokasi bencana dikesan di Johor, 16 di Pahang, satu di Selangor, tiga lokasi masing-masing di Perak dan Kelantan serta dua lokasi masing-masing di Kedah dan Terengganu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 16 jam yang lalu

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Semasa 2 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad