web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peperiksaan Sekolah Agama Di Johor Ditangguh Bagi Sekolah Terjejas Banjir, Jadi PPS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 8:38AM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu memindahkan penduduk Kampung Batu 20 dan Kampung Bukit Dagang, Sungai Tiram yang terputus hubungan selepas jalan utama memasuki perkampungan itu dinaiki air akibat limpahan air sungai berdekatan, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Peperiksaan Penggal Kedua bagi Tahap 1 dan 2 Sekolah Agama Kerajaan Johor ditangguhkan bagi sekolah yang terjejas banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid menerusi Facebook rasmi beliau malam tadi berkata, peperiksaan itu yang bermula 3 Januari lalu, dijadualkan berlangsung hingga 18 Januari ini.

"Walau bagaimanapun, berikutan bencana banjir, sekolah yang terlibat sama ada mengalami banjir atau dibuka sebagai PPS, peperiksaan tersebut ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Johor," katanya.

Setakat 10 malam tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 3,744 orang berbanding 3,322 orang yang direkodkan pada jam 9 malam.

Sebanyak 45 PPS dibuka di enam daerah yang terjejas dengan Kota Tinggi mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 1,871 orang daripada 492 keluarga. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 17 jam yang lalu

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Semasa 2 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar