web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Laksana Penerbangan Ihsan Bawa Pesara Polis Ke IJN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 1:18PM

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berbual denganOthman Mohamed Said, 62, seorang pesara polis yang memerlukan rawatan segera selepas pembuluh darahnya pecah akibat serangan jantung ketika menaiki helikopter ke Institut Jantung Negara (IJN) menerusi penerbangan ihsan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Seorang pesara polis yang memerlukan rawatan segera selepas pembuluh darahnya pecah akibat serangan jantung diterbangkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini menerusi penerbangan ihsan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Othman Mohamed Said,62, yang baru bersara pada 2022 terkena serangan jantung selepas selesai menunaikan solat maghrib di Masjid Jamek Alma Jaya pada Jumaat lepas sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta.

Adik ipar Othman, Norisyam Desa, 39, berkata abang iparnya perlu dirujuk segera ke IJN bagi menjalani rawatan dan pembedahan kerana dibimbangi jika lewat akan menyebabkan kegagalan pada buah pinggang.

"Doktor yang mengambil sampel darah pada awalnya tidak mengesan serangan jantung tetapi selepas ujian dilakukan keesokan harinya (Sabtu) mendapati pembuluh darahnya telah pecah dan terdapat koyakan di bahagian itu yang jika gagal dirawat segera akan memberi kesan kepada buah pinggangnya.

"Abang ipar pernah terkena serangan (jantung) sekali pada 2015 tetapi ketika itu hanya sesak nafas dan pulih selepas dirawat di hospital tetapi kali ini yang teruk hingga menyebabkan koyakan jadi doktor putuskan supaya dihantar segera ke IJN," katanya ketika ditemui di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa, di sini hari ini.

Othman yang mempunyai lima anak, berkhidmat bersama pasukan polis sehingga 60 tahun sebelum bersara wajib dua tahun lepas dengan jawatan terakhir sebagai Sub Inspektor diBahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Dalam pada itu, Norisyam yang mewakili keluarga berterima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM di atas keprihatinan dengan membenarkan penerbangan ihsan itu biar pun abang iparnya itu sudah pun bersara selain memohon doa supaya urusan rawatan dan pembedahan Othman berjalan lancar.

Terdahulu, penerbangan ihsan membawa Othman dilakukan Pasukan Gerakan Udara (PGU) menggunakan helikopter jenis Agusta AW139, diketuai juruterbang Supt Amirul Adli Ahmad bersama pembantu Supt Mohd Fairuz Jamil serta dua kru berlepas dari Pangkalan Udara Subang dan tiba di padang SMK Padang Rawa pada 8.50 pagi.

Pesakit diiringi isterinya, Norehan Desa, 50, seorang doktor pakar serta seorang jururawat dan turut hadir adalah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San.

Penerbangan berlepas pada 9.30 pagi dijangka mengambil masa satu jam 20 minit untuk tiba di Hospital Kuala Lumpur seterusnya dibawa ke IJN.

Khaw ketika ditemui berkata penerbangan ihsan itu merupakan satu daripada kebajikan pasukan terhadap anggota yang memerlukan bantuan.

"Walaupun anggota berkenaan sudah pun bersara tetapi mereka tetap sebahagian daripada pasukan dan wajar diberikan bantuan sama seperti ketika berkhidmat. Kita doakan supaya urusan rawatan (Othman) berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar