web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketagihan Vape 'Mushroom' Semakin Menjadi, Mudah Didapati Di Mana Sahaja - Sanjeevan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 10:34PM

Antara cecair vape 'mushroom' yang berada di pasaran ketika ini - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjualan dadah menggunakan peranti vape perisa cendawan (mushroom) secara berleluasa dikesan sebagai faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan gejala ketagihan bahan berbahaya itu.

Ketua Penerangan Sayap Bersekutu BERSATU, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan berkata, bekalan dadah berkenaan mudah didapati di mana-mana sahaja.

Menurut beliau, gejala ketagihan itu semakin teruk dan sukar dikawal mutakhir ini.

“Saya amat terkejut kerana isu ini bukan lagi masalah terpencil tetapi sudah merebak ke seluruh negara.

“Ia bahkan turut berlaku di kampung halaman saya di Bahau, Negeri Sembilan,” katanya kepada Getaran.

Sanjeevan Ramakrishnan - gambar fail
Sanjeevan Ramakrishnan - gambar fail

Lebih mengejutkan jelas Sanjeevan, vape mushroom itu dijual secara terbuka di daerah berkenaan. 

“Ia menjadi kegemaran generasi muda, apatah lagi tiada tindakan boleh diambil ke atas mereka.

“Jika ujian air kencing dijalankan pun, ia akan menghasilkan keputusan negatif, membuatkan pihak polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan,” katanya, kesal.

Senario tersebut jelas beliau, membuatkan sindiket pengedaran dadah berhasil mengaut keuntungan lumayan, kerana penggunaannya tidak dapat dibuktikan.

Sehubungan itu, Sanjeevan yang juga bekas Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan, termasuk meminda Akta Racun 1952 agar penggunaan dadah tersebut boleh dikuatkuasakan sebagai kesalahan.

“Polis tidak dapat mendakwa mereka di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, tapi mungkin boleh dimasukkan di bawah Akta Racun.

“Lakukanlah apa sahaja, yang penting gejala penagihan vape mushroom ini perlu dibendung segera,” tegasnya. - Getaran, 6 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad