web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Wanita Tanpa Kepala, Tangan Dan Kaki Ditemukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jan 2024 4:11PM

Mayat mangsa dipercayai dibunuh yang ditemui dalam tong sampah di longkang jalan besar Alor Gajah Tampin, pada 31 Disember lalu. - gambar Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Mayat wanita tanpa kepala serta kedua-dua tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di dalam longkang di jalan besar Alor Gajah Tampin di Kampung Rimau, Pulau Senang di sini pada 31 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mayat itu ditemukan orang awam pada kira-kira 2 petang dan mangsa berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dipercayai dibunuh.

"Mayat mangsa tanpa pakaian ditemukan orang awam sebelum dilaporkan kepada polis dan siasatan di tempat kejadian dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama pihak Hospital Alor Gajah.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan telah mula mereput dan darah telah kering dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Melaka bagi mengetahui punca kematian dan mengenal pasti identiti mangsa.

Arshad berkata polis telah menjalankan ujian DNA melibatkan dua individu yang dilaporkan hilang bagi mendapatkan identiti mangsa namun negatif.

Lokasi tempat kejadian mayat tidak sempurna yang ditemui. - gambar Polis
Lokasi tempat kejadian mayat tidak sempurna yang ditemui. - gambar Polis

Sehubungan itu katanya orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau individu terdekat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5562222 atau Pegawai Penyiasat Kanan DSP Mohd Ali Hanafiah Hasim (019-9536277).

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad