web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelombang Keempat MTL: Penduduk, Agensi Diminta Siap Siapa, Patuhi SOP - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 2:49PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat PPS Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Ruil. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CAMERON HIGHLANDS - Agensi terlibat termasuk penduduk di selatan tanah air diminta berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), bagi menghadapi gelombang keempat monsun timur laut (MTL) yang kini beralih ke kawasan selatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi serta jawatankuasa negeri perlu bersiap siaga, bagi mengambil tindakan segera menghadapi bencana dibawa oleh MTL termasuk bencana banjir.

"Luruan gelombang keempat MTL ini telah beralih ke selatan dan saya harap tindakan segera mengikut SOP yang telah ditentukan oleh NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan juga APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta lain-lain agensi, dapat diikuti oleh semua jawatankuasa dan juga agensi terlibat," katanya di sini hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Ruil, yang menempatkan 88 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat kejadian pada 12 Okt tahun lalu.

Mengulas mengenai keadaan banjir di negeri Johor, Ahmad Zahid berkata mangsa kembali mencatat peningkatan namun dengan kerjasama agensi terlibat, pengurusan banjir didapati semakin baik berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negara NADMA seramai 1,197 mangsa banjir di Johor berlindung di 12 PPS setakat 6 pagi ini, meningkat sedikit berbanding 1,153 malam tadi.

Seramai 793 mangsa ditempatkan di lapan PPS di Kota Tinggi, 277 mangsa di dua PPD di Mersing manakala sebuah PPS masing-masing di Johor Bahru (43 mangsa) serta Kluang (84 mangsa). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad