web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baik Pulih Cerun Sungai Ruil Akan Dipercepatkan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 2:33PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika meninjau tapak bencana tanah runtuh di penempatan Orang Asli Sungai Ruil. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CAMERON HIGHLANDS - Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memendekkan tempoh perolehan bagi memperbaiki cerun di penempatan di Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata dekat sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh, 12 Okt tahun lalu

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu bagi mempercepatkan tempoh pembaikan cerun tersebut yang dijangka mengambil masa dua tahun, membabitkan peruntukan RM3 juta.

"... Oleh kerana tempoh untuk reka bentuk dan juga tempoh perolehan serta penyiapan itu terlalu panjang, kami akan melakukan tindakan bagi memperolehi kelulusan khas untuk memendekkan tempoh perolehan dengan kaedah-kaedah yang diluluskan Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak bencana tanah runtuh berkenaan, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Ruil, yang menempatkan 88 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh itu.

Dalam kejadian 10.56 pagi 12 Okt tahun lalu, cerun di penempatan Orang Asli Sungai Ruil terjejas akibat runtuh, menyebabkan enam buah rumah dan beberapa kenderaan penduduk terjejas.

Susulan kejadian itu, 17 keluarga diarah mengosongkan rumah masing-masing dan ditempatkan di PPS Dewan KOA Sungai Ruil.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau diberi jaminan oleh Jabatan Kerja Raya, bahawa struktur kediaman penduduk adalah stabil dan kukuh, justeru penduduk tidak perlu bimbang jika mereka perlu pulang ke rumah masing-masing apabila tiba masanya nanti.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menanggung sepenuhnya pembayaran sewa kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan 17keluarga terjejas itu, mulai Februari depan.

TNB katanya sebelum ini bersetuju menawarkan sewa RM500 seunit dan mengecualikan bayaran deposit sewaan selama tiga bulan dan penduduk akan tinggal sementara di kuarters itu selama dua tahun. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad