web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat Dijangka Diperluas Ke Seluruh Parlimen – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 12:16PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika meninjau Program Jualam Termurah di PPR Kerinchi pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat, yang menawarkan harga barangan basah dan kering pada harga lebih murah berbanding harga pasaran, dijangka diperluaskan bagi memenuhi permintaan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata program itu boleh diadakan secara strategik iaitu pada waktu tertentu seperti di tengah bulan atau sewaktu menunggu hari gaji.

"Sebenarnya program ini telah diusahakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sejak beberapa tahun lalu di kawasannya, saya tertarik dengan konsepnya yang menawarkan barang keperluan harian dan barang segar pada harga 30 hingga 50 peratus lebih rendah, untuk bantu kurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya B40.

"Jadi apa kita adakan hari ini ialah untuk percubaan dan pembuktian konsep, yang saya akan panjangkan dan cadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimana untuk kita laksanakan di kawasan Parlimen lain terutamanya dalam mengawal kos harga barang dan membantu kurangkan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program itu juga boleh menjadi nilai tambah kepada Program Jualan Rahmah (PJR), anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Kita bukan untuk bertanding dengan pasar raya, tetapi ia lebih kepada untuk membantu secara berkala. PJR juga telah beberapa kali kita adakan di Lembah Pantai ini tetapi ia ada pengiliran, jadi untuk menampung keperluan dan permintaan, program ini amat membantu.

"Melalui program seperti ini juga, kita boleh lihat kos rantaian bekalan juga dapat dikawal bagi memastikan manfaatnya terus dinikmati rakyat... macam hari ini ikan-ikan segar semua kita ambil terus dari kapal," katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata bagi memaksimumkan kehadiran dan komuniti yang mendapat manfaat daripada program ini, pemilihan lokasi sangat penting.

"Macam kawasan ini kita ada beberapa PPR, flat kos rendah dan kuarters kerajaan, jadi ia memang kawasan tumpuan dan lokasi yang strategik untuk diadakan program seperti ini, agar lebih ramai yang akan dapat manfaatnya," katanya.

Sementara itu, Jemiah Othman, 64, berkata beliau teruja untuk mendapatkan barangan basah pada program hari ini, memandangkan ia pertama kali diadakan di kawasan perumahannya.

"Saya rasa memang bagus buat program macam di kawasan perumahan, sebab dapat memudahkan orang ramal terutamanya warga emas mendapatkan barang basah yang murah...tidak perlu pergi jauh-jauh.

"Harga yang ditawarkan pun lebih murah, udang, sotong dan ikan siakap memang dijual pada harga yang murah dari kedai biasa, saya beli barangan yang harganya memang murah," katanya.

Program sehari bermula 8 pagi hingga 11 pagi itu, menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, sotong, udang dan barangan kering termasuk beras dan gula. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad