web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Sahabat Karib Ulang Kaji Bersama Di PPS Hadapi Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 8:55AM

Nurul Najwa Azenan (kiri) bersama Nur Suhada Puteri Ain Selamat mengulang kaji pelajaran masing-masing sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama yang berlangsung hari ini, ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Kluang di Kahang, semalam. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Dua rakan karib Nurul Najwa Azenan dan Nur Syuhada Putri Ain Selamat yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sama di sini, memanfaatkan masa dengan mengulang kaji pelajaran bersama-sama menjelang peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Kerajaan Johor, hari ini.

Nurul Najwa berkata hikmah di sebalik kejadian banjir itu, beliau dapat berbincang bersama rakannya sebelum berhadapan dengan peperiksaan penting itu.

Kedua-duanya pelajar berusia 14 tahun itu, akan mengambil peperiksaan untuk tiga subjek hari ini dan tiga lagi pada 13 Jan nanti.

“Jika di rumah saya hanya akan belajar sendirian tetapi di PPS ini kami dapat belajar bersama-sama dan bertukar-tukar idea bagi menduduki peperiksaan di Sekolah Agama (SA) Kampung Contoh, yang terletak kira-kira satu kilometer dari PPS ini.

"Kalau kebiasaannya kami pergi sendiri, esok ibu kami yang akan hantar ke sekolah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS Dewan Serbaguna Kahang, di sini, semalam.

Bagi Nur Syuhada pula, ia satu peperiksaan yang penting dan mahu mencapai keputusan cemerlang.

Dia berharap agar mampu menjawab keenam-enam kertas peperiksaan itu dengan sebaik mungkin walaupun terpaksa belajar di PPS yang tidak berapa selesa sebagaimana di rumah, tetapi bernasib baik mempunyai rakan untuk berbincang.

“Bagi peralatan peperiksaan seperti pen dan sebagainya, telah saya siapkan awal-awal dan bawa ke PPS. Walaupun setiap kali banjir, kami berdua akan berpindah ke PPS, ini kali pertama kami akan menduduki peperiksaan penting.

“Saya berharap inilah kali pertama dan kali terakhir perlu berhadapan dengan peperiksaan dan perlu berpindah ke PPS," katanya yang mula dipindahkan semalam.

Setakat 4 petang semalam, PPS Dewan Serbaguna Kahang itu menempatkan seramai 77 mangsa daripada 26 keluarga dari Kampung Contoh Kahang. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad