web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Sahabat Saya Sudah Tiada" - Pelatih Anjing Pengesan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 8:00PM

Pegawai dan anggota bomba Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada Cliff. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERIAN - Cliff iaitu anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang mati akibat barah pada 25 Dis lepas, merupakan rakan seperjuangan yang setia dalam menjalankan tugas.

Jasad anjing baka English Springer Spaniel dari Britain yang dilahirkan pada 1 Januari 2016 itu telah ditanam di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian di sini hari ini.

Mengenang kembali memori bersama, pelatihnya Steven Ambu, 47, yang telah bersama Cliff sejak 2018 menyifatkan anjing itu sebagai pintar dan patuh kepada arahan.

Beliau berkata anjing daripada disiplin Cadaver, yang memiliki kepakaran mengesan mayat atau orang hilang, itu juga sangat peramah.

“Banyak kenangan yang saya lalui bersama Cliff. Haiwan ini mempunyai karakter yang hiper dan sangat mesra," katanya yang kelihatan sebak kepada pemberita selepas proses pengebumian itu.

Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata kehilangan Cliff yang telah bersama pasukannya hampir tujuh tahun itu ialah satu kehilangan yang besar.

"Setiap kali kita lakukan sesuatu operasi, Cliff sentiasa ke hadapan dan kesungguhan haiwan ini kita boleh lihat.

“Cliff juga mampu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Sarawak dengan sangat baik.

"Kadang-kadang ada operasi yang mengambil masa dua ke tiga jam sehingga sampai ke kawasan Miri dan Baram juga kita masih boleh bawa Cliff untuk menaiki helikopter," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad