web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adu Terus Kepada Kementerian Pendidikan Jika Berlaku Kenaikan Harga Makanan Di Kantin Sekolah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 6:11PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT – Ibu bapa atau penjaga boleh mengajukan aduan terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM) jika mendapati berlaku kenaikan harga makanan di kantin pada sesi persekolahan akan datang.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek bagaimanapun berkata pihaknya akan meminta sekolah mengambil tindakan sewajarnya terlebih dahulu kerana isu itu adalah antara pihak sekolah dan pengusaha kantin.

Beliau berkata pihaknya akan memberi perhatian sewajarnya jika ada aduan yang sampai kepada KPM.

"Setakat ini mungkin berlaku antara pihak sekolah dan kantin, jadi kita minta ia diselesaikan secara baik namun sekiranya ada isu berkaitan dan ia terus berbangkit, bolehlah buat aduan terus kepada kita," katanya ketika diminta mengulas isu harga makanan di kantin pada sesi persekolahan akan datang.

Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yeong Chang di Sungai Suloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Mahmood Iskandar di sini hari ini bagi meninjau persiapan sesi persekolahan dan kesiapsiagaan mendepani banjir kerana kedua-dua sekolah adalah antara yang terkesan akibat bencana itu sebelum ini.

Beliạu juga berkata pihaknya akan berusaha menyatukan pasangan 'guru jarak jauh' dengan mempertimbang semua permohonan berdasarkan kepentingan pendidikan dan melaksanakan perkara itu mengikut prosedur serta proses sedia ada.

"Saya fikir proses pertukaran guru jarak jauh ini sudah dijalankan dan KPM akan pertimbangkan semua permohonan berdasarkan kriteria ditetapkan.

"Faktor tertinggi untuk diambil kira bagi proses pertukaran ialah suami isteri yang terpisah secara jauh," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad