web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Individu Termasuk 2 Beradik Didakwa Bunuh Pengawal Keselamatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 4:52PM

Lima individu termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan yang mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang, bulan lepas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima individu termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan yang mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang, bulan lepas.

G. Ganong Segaran, 34, dan adik perempuannya G. Malani, 33, serta S. Devi, 30, P. Saravanan, 31, dan P.K. Vikinesvaran, 20, didakwa bersama-sama membunuh S. Ashok, 20, di sebuah rumah di Jalan Sungai Buaya, Sungai Choh, Rawang antara 8 pagi hingga 3.30 petang, 23 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Di mahkamah sama, Ganong Segaran dan adik lelakinya, G. Dandem Bain, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melupuskan keterangan berkaitan kesalahan menanam mayat Ashok dengan niat untuk mengelak pesalah-pesalah terlibat daripada dihukum.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada lokasi dan tarikh sama antara 3.30 petang hingga 8 malam, mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin tidak menawarkan jaminan, namun peguam Erni Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Dandem Bain memohon jaminan diberikan dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga.

"Anak guam saya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan bekerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan RM1,500 sebulan," kata peguam itu.

Nur Hafizah membenarkan Dandem Bain dikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksr-saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan bagi kedua-dua kes.

Sebelum ini, Bernama melaporkan seorang lelaki maut dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi oleh abang teman wanitanya sebelum mayatnya ditanam di kawasan semak di belakang rumah keluarga wanita itu di Sungai Choh, Rawang.

Polis mendedahkan motif pembunuhan lelaki itu kerana tidak berpuas hati penyebaran gambar bogel rakan tertuduh oleh mangsa. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar