web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri TMJ Dikurnia Gelaran Che Puan Mahkota

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 7:49PM

Isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Mahkota, Khaleeda Bustamam. gambar FB The Royal Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Januari).

Gelaran baharu itu diumumkan Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook The Royal Johor.

"Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan kuasa hak dan keistimewaan baginda di bawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota, Khaleeda Binti Bustamam.

"Bagi versi Bahasa Inggeris, Her Highness Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam," menurut kenyataan itu hari ini.

Abdul Rahim memaklumkan oleh itu, mulai 1 Januari 2024, gelaran itu hendaklah digunakan di dalam semua urusan, sebutan dan persuratan rasmi, manakala gelaran Che Puan Besar tidak lagi digunakan.

Che Puan Mahkota dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 dan selamat diijab kabul dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene di sini, pada 24 Oktober 2014.

Pasangan diraja itu kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad