web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Awam Boleh Kongsi LKM Digital Bermula Hari Ini - Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 1:04PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menunjukkan LKM digital miliknya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Pengangkutan  hari ini mengumumkan orang awam boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan fungsi baharu iaitu 'Kongsi LKM' di aplikasi MyJPJ bermula hari ini.

Menterinya Anthony Loke berkata melalui fungsi baharu itu, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM bersama keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan.

"Pemilik kenderaan hanya perlu klik nombor plat kenderaan dan seterusnya klik butang 'Kongsi LKM' untuk membuat perkongsian e-LKM kepada individu lain.

"Fungsi ini juga mempunyai tempoh had masa perkongsian yang boleh ditetapkan oleh pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM berkenaan untuk mengaktifkan perkongsian.

"Sistem juga akan menghapuskan rekod perkongsian sekiranya tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata fungsi baharu dalam aplikasi MyJPJ berkenaan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi seseorang pengguna yang memandu kenderaan bukan miliknya atau ahli keluarga.

"Sebelum ini orang awam dibenarkan untuk mencetak e-LKM berkenaan bagaimanapun pelbagai persoalan timbul, justeru penambahbaikan dilaksanakan bagi memudahkan pengguna," katanya.

Sementara itu, Loke berkata pihaknya juga akan memperkenalkan kertas keselamatan bagi menggantikan pelekat lesen kenderaan dan lesen memandu fizikal.

"Berdasarkan dapatan kajian dan analisis statistik sepanjang tahun 2023, JPJ mendapati bilangan pemandu dan pemilik yang memilih digitalisasi semakin meningkat kepada 7.5 juta pengguna.

“Bagaimanapun, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang masih belum bersedia sepanjang tempoh interim pendigitalan tahun 2024, mereka masih boleh memilih LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) fizikal.

“Bagi tujuan penyesuaian dalam tempoh interim, JPJ Malaysia akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan dalam bentuk kertas keselamatan sahaja. Ia akan terus dilaksanakan selepas stok LKM dan LMM fizikal yang lama di cawangan-cawangan atau kiosk JPJ habis," katanya.

Beliau berkata LKM yang baharu itu tidak perlu dilekatkan atau dipamerkan pada cermin kenderaan sepertimana keperluan Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebelum ini, sebaliknya ia disimpan mengikut kesesuaian orang awam. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar