web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Bunga Api Meletup Di Tanah, Polis Tidak Pernah Keluarkan Permit - Azmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 6:01PM

Tangkap layar bunga api yang meletup di tanah sehingga menimbulkan kegemparan tengah malam tadi - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR BAHARU -  Orang awam yang berkunjung ke Program Sambutan Tahun Baharu 2024 di Dataran Bandar Baharu dekat sini semalam panik seketika apabila bunga api yang biasanya meletus di udara, tidak 'terbang' seperti kelaziman sebaliknya meletup di tanah.

Menerusi klip video yang tular di media sosial, kalangan pengunjung di situ dilihat cuba melarikan diri sebaik menyedari bunga api tersebut tidak 'berlepas' ke udara.

Namun tidak berapa lama selepas itu, terdengar bunyi letupan dan percikan api dari tanah.

@getaranmy Bunga api yang sepatutnya terbang ke udara itu sebaliknya meletup di tanah membuatkan pengunjung sambutan tahun baru 2024 itu panik. Kejadian berlaku di Dataran Bandar Baharu, Kedah dan telah disiasat oleh pihak polis. #getaranmy #getaran #trending #terkini #semasa #video #viral #2024 #tahunbaru #berita #mercun ♬ original sound - Getaran

Susulan kejadian, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar memaklumkan, pihaknya tidak dimaklumkan atau menerima sebarang permohonan pembakaran bunga api oleh penganjur.

"Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.01 tengah malam dan pihak kami tidak menerima sebarang permohonan pembakaran bunga api oleh penganjur. Tiada sebarang permit dikeluarkan untuk tujuan itu.

"Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian itu. Namun siasatan tetap dijalankan mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, jika sabit kesalahan individu terlibat boleh didenda tidak lebih dari RM100 atau dipenjarakan tidak lebih sebulan atau kedua-duanya sekali.

"Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu yang boleh menimbulkan kegusaran awam," katanya. - Getaran, 1 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad