web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Cedera Dalam Insiden Kebakaran Bilik Transformer Di Petaling Jaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 8:35AM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sedang memadamkan kebakaran di sebuah bilik transformer di Zon Perindustrian Bebas Sungai Way di Petaling Jaya, semalam. gambar BERNAMA  

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lelaki dilaporkan cedera dalam insiden kebakaran sebuah bilik transformer di Zon Perindustrian Bebas Sungai Way di Petaling Jaya pada jam 5.53 petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kesemua mangsa yang juga warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mereka adalah Muhammad Adham Nor Zali, 22; Zaiful Amrun Mohd Zahar, 52; Nik Hafzan Ali, 34, dan Muhd Fauzi Abdul Rahim, 37.

"Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6.07 petang, api sedang merebak ke struktur bangunan bersebelahan, namun berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 44 minit kemudian dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan Subang Jaya," katanya ketika dihubungi BERNAMA, semalam.

Beliau berkata, kebakaran menyebabkan bilik transformer berkeluasan kira-kira 37 meter persegi itu musnah sepenuhnya.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Fakhrudin Abdul Hamid pula ketika dihubungi mengesahkan keempat-empat mangsa stabil dan hanya melecur anggota badan serta masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar