web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Duka Dan Air Mata 2023, Pahat Kesedihan Mendalam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 8:07PM

Penyiasat dari Amerika Syarikat memeriksa bangkai pesawat terhempas di Elmina. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tirai 2023 yang berlabuh hari ini menyaksikan negara dilatari pelbagai warna duka, sekali gus memalit kesedihan berpanjangan.

Bencana alam, nahas ngeri dan tragedi yang tidak dijangka mendominasi carta dan ia pastinya terpahat dalam lipatan sejarah.

Saban tahun, pasti akan ada nyawa melayang, baik disebabkan ulah manusia lain atau kecuaian diri sendiri yang memandang enteng aspek keselamatan.

Ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa ralat di hati, khususnya apabila memikirkan ada antara malapetaka itu pada hakikatnya boleh dicegah, jika sahaja perihal keselamatan menjadi keutamaan.

Nyawa yang tergadai tidak boleh dikembalikan, begitu juga memori hitam terlakar akan kekal sebagai satu kenangan yang amat menyakitkan.

Lima Maut Kereta Rempuh Lori Tanah

Kenderaan dinaiki lima beranak yang merempuh belakang sebuah lori tanah sebelum terbakar - gambar JBPM Perak
Kenderaan dinaiki lima beranak yang merempuh belakang sebuah lori tanah sebelum terbakar - gambar JBPM Perak

Pada 16 Mei lalu, lima sekeluarga maut apabila kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori tanah, sebelum terbakar.

Nahas pada awal pagi itu berlaku di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dekat Kampar, Perak.

Tragedi berkenaan meragut nyawa Azriyani Abdul Latif, 45 bersama tiga anaknya, Muhammad Azib, 23 tahun, Siti Nur Aminah, 8 tahun, dan Ahmad Uwais Al Qorni, 5 tahun.

Mangsa kelima, Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7 tahun pula disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ketika sedang dirawat di Hospital Tapah.

Lima Maut Nahas Kereta dan Treler

Nahas yang mengorbankan lima sekeluarga termasuk seorang bayi di Jalan Kuantan - Segamat - gambar JBPM Pahang
Nahas yang mengorbankan lima sekeluarga termasuk seorang bayi di Jalan Kuantan - Segamat - gambar JBPM Pahang

Memasuki Jun, lima lagi nyawa termasuk seorang bayi menjadi korban apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah treler selepas memasuki laluan bertentangan.

Menurut siasatan polis, kereta jenis Toyota yang dinaiki keluarga malang itu sedang dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah ke Kuantan.

Setiba di lokasi iaitu Jalan Kuantan-Segamat, kereta tersebut memasuki lorong treler yang berada di laluan Kuantan - Segamat.

Mangsa yang maut disahkan sebagai Muhammad Rosli Ibrahim, 33; Nor Afikah Abdullah Sani, 35; Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7; Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6; dan seorang bayi.

Kepala Air Ragut Nyawa 10 Sekeluarga

Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang maut dalam tragedi kepala air di Chukai, Terengganu dikebumikan dalam satu liang - gambar BERNAMA
Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang maut dalam tragedi kepala air di Chukai, Terengganu dikebumikan dalam satu liang - gambar BERNAMA

Perkelahan sebuah keluarga di Jeram Air Mawar di Chukai, Terengganu pada 2 Julai lalu berakhir dengan tragedi apabila mereka dihanyutkan kepala air.

Tindakan seorang daripada mangsa memasuki lokasi kejadian dengan menggunakan kenderaan yang kurang sesuai dikatakan antara punca kesemua mereka gagal menyelamatkan diri.

Mereka dikatakan memasuki kawasan yang dianggap berbahaya di jeram berkenaan.

Identiti semua mangsa disahkan sebagai Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Seorang lagi mangsa ialah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dua lagi mangsa ialah Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, berusia 11 tahun.

Tragedi Elmina Menyayat Hati

Anggota unit forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina. - gambar fail
Anggota unit forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina. - gambar fail

Tragedi pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam benar-benar menyayat hati dan memalit duka di hati seluruh rakyat.

Dengan hanya berbaki dua minit sebelum dijadualkan mendarat, pesawat peribadi itu menjunam jatuh dan meragut 10 nyawa yang kepulangan mereka sangat dinantikan insan tersayang.

Ada isteri kehilangan suami, ada ibu bapa kehilangan anak dan ada anak kehilangan bapa tempat bermanja.

Peristiwa ini akan kekal dalam sejarah hitam penerbangan negara, dan seluruh negara pasti akan mengingati hari penuh duka ini setiap kali tanggal 17 Ogos menjelang.

Tragedi berkenaan mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di situ semasa kejadian.

Enam Sekeluarga Maut Nahas Lima Kenderaan

Abdurrahman menyiram air ke pusara ahli keluarganya. - gambar BERNAMA
Abdurrahman menyiram air ke pusara ahli keluarganya. - gambar BERNAMA

Tanggal 1 September, negara dikejutkan dengan nahas ngeri melibatkan enam sekeluarga, apabila Perodua Alza yang mereka naiki terbabit dalam perlanggaran bersama lima kenderaan lain.

Ia berpunca daripada sebuah treler membawa muatan pasir yang hilang kawalan, sebelum ia merempuh dua kenderaan lain.

Kesemua mangsa disahkan sebagai Amir Ruddin Ismail, 46, isterinya Norahimah Noor Muhamad, 43, dan empat anak mereka, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Kisah sedih itu mendapat liputan meluas, khususnya ketika upacara solat jenazah, yang diimamkan anak sulung pasangan berkenaan, Abdurrahman, 19 tahun.

Jenazah enam beranak dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa di Muar, Johor. - Getaran, 31 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar