web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Gelombang Ketiga Terengganu Pulih Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 5:18PM

Semua pusat pemindahan sementara yang dibuka di Terengganu ditutup petang ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Dis lepas kini pulih sepenuhnya.

Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di negeri itu iaitu Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah di daerah Kuala Nerus yang menempatkan enam mangsa ditutup pada 2 petang ini.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai iaitu dalam lingkungan lima kilometer (km) di Terengganu bermula 2 pagi Ahad (24 Dis) hingga 2 pagi Selasa (26 Dis).

Bagaimanapun, hujan lebat pada Sabtu (23 Dis) memaksa PPS pertama dibuka lebih awal iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat di Dungun pada 9.30 malam dengan 21 mangsa mula dipindahkan ke situ.

Marang seterusnya menjadi daerah kedua dilanda banjir pada hari sama (Sabtu) apabila 12 orang daripada tiga keluarga terpaksa mencari perlindungan di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai yang dibuka pukul 10 malam.

Episod hujan lebat yang berterusan menyaksikan satu demi satu daerah di Terengganu mula menerima tempias musibah itu dan Kuala Terengganu menjadi penggenap lapan daerah di negeri berkenaan dilanda banjir iaitu pada Selasa (26 Dis).

Bilangan mangsa banjir tertinggi juga dicatatkan pada 26 Dis iaitu 10,643 orang daripada 2,913 keluarga yang berlindung di 134 PPS.

Banjir itu juga mengejutkan ramai pihak apabila gugusan Felda Rasau Kerteh di Ketengah Jaya, Dungun dilanda bencana berkenaan buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun yang menyebabkan 260 mangsa dipindahkan ke PPS.

Setelah beberapa hari menyaksikan pertambahan angka mangsa banjir, gelombang ketiga bah di Terengganu mula menunjukkan tanda-tanda pengurangan pada Rabu (27 Dis) apabila bilangan mangsa yang direkodkan JPBNT berada di bawah 10,000 orang.

Mulai Khamis (28 Dis), Besut menjadi daerah pertama pulih daripada banjir apabila kesemua PPS di daerah itu ditutup, diikuti Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Nerus pada hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad