web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKR Akan Bina Jalan Sementara Di Kampung Seberang Janggut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 5:47PM

Jalan runtuh di Kampung Seberang Janggut semalam menyebabkan sejumlah 200 mangsa terputus hubungan. - JBPM Jeli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Kerja Raya dan agensinya Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil tindakan susulan segera berikutan kejadian jalan runtuh di Kampung Seberang Janggut, di sini semalam.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata beliau telah dimaklumkan oleh JKR Jajahan Jeli bahawa jalan yang terlibat adalah jalan kampung di bawah pejabat daerah.

“Pasukan JKR Jajahan Jeli bersama pegawai daerah juga telah turun ke kawasan terlibat bagi melihat situasi semasa dan perancangan menyediakan jalan sementara sedang dilaksanakan.

Pasukan JKR Jajahan Jeli juga sedang membantu menyediakan anggaran kos bagi pembinaan jalan sementara di sebelah jalan yang runtuh tersebut bagi mengelakkan penduduk kampung terputus hubungan,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Nanta berkata berkata beliau difahamkan peruntukan pembaikan dan pembinaan jalan sementara itu akan dipohon oleh pegawai daerah kepada Pejabat Pembangunan Negeri.

“Saya memohon kerjasama semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dan mengikut segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak, dalam keadaan cuaca yang buruk pada ketika ini.

Pihak kementerian dan JKR akan sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan bagi membantu menguruskan bencana ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim sejumlah 200 mangsa daripada 40 keluarga terputus hubungan akibat kejadian itu.

“Tadi pihak anggota BBP bersama pegawai daerah dan JKR telah melawat lokasi kejadian. Bekalan makanan telah dihantar kepada ketua isi rumah yang terkandas.

Ketika ini hanya ada satu laluan alternatif namun hanya boleh dilalui secara berjalan kaki,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad