web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Pusat Sedia Bantu Masjid, Surau Terjejas Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 4:06PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERANTUT - Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan bantuan kepada masjid dan surau yang terjejas banjir, walaupun institusi berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata pihaknya sedia menyalurkan bantuan jika terdapat permohonan diajukan menerusi sahabat agensi di bawah kementerian itu.

"Kita sebenarnya tiada peruntukan khusus berkaitan bantuan musibah ini, cuma ada sesetengah agensi agama seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ada peruntukan diberikan kerajaan.

"...ada bahagian tertentu pada peruntukan itu untuk bantuan kepada mereka yang terkesan jika berlaku kecemasan, musibah atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang di Masjid Tengku Mahkota Abdullah di sini hari ini.

Pengagihan bantuan itu melibatkan 29 ketua isi rumah (KIR) di Jerantut dan 125 di Raub dengan masing-masing menerima sumbangan wang tunai serta barangan seperti keperluan dapur dan kit solat.

Banjir di Pahang bermula pada 24 Dis lepas melibatkan daerah Jerantut disusuli Raub, Lipis, Kuantan, Temerloh, Maran dan Bera, yang secara kumulatifnya melibatkan 1,078 mangsa daripada 273 KIR, namun bencana itu semakin pulih dengan hanya lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Maran, Bera dan Temerloh masih beroperasi tengah hari ini.

Selain Pahang, negeri lain yang terjejas banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Na'im menasihatkan orang ramai peka dan berwaspada dalam memilih agensi pelancongan bagi tujuan umrah tidak menjadi mangsa penipuan umrah.

"Dapatkan maklumat jelas daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk lihat agensi pelancongan yang sudah disenaraihitamkan. MOTAC mengambil tindakan sewajarnya apabila terdapat aduan (penipuan) dikemukakan.

"Untuk urusan haji, semakan boleh dibuat dengan Tabung Haji kerana kita mengeluarkan sijil untuk menguruskan haji kepada mereka yang layak. Pastikan sijil mereka masih sah dan mohon semua untuk peka supaya tidak tertipu dengan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Mohd Na'im berkata mereka yang menjadi mangsa penipuan juga dinasihatkan membuat aduan rasmi di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya tindakan selanjutnya boleh diambil. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad