web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Terus Menurun Kepada 20, 036 Orang Petang Ini - NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 7:54PM

Keadaan di Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan yang menjadi seperti tasik buatan akibat banjir termenung ketika tinjauan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang terus mencatatkan trend penurunan dengan bilangan terkini adalah 20,036 orang yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini, berbanding 22,033 orang di 92 PPS tengah hari tadi.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan di Pahang, mangsa banjir yang berlindung di sembilan PPS di lima daerah lima daerah iaitu Bera, Jerantut, Kuantan, Maran dan Temerloh menurun sedikit kepada 214 orang berbanding 227 orang tengah hari tadi.

Selain itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka ekoran kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang masih kekal dengan 87 orang daripada 17 keluarga.

Sementara itu, Kelantan yang kekal negeri paling teruk terjejas banjir juga merekodkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 17,950 orang dan ditempatkan di 46 PPS berbanding 19,167 orang yang ditempatkan di 53 PPS di lima daerah tengah hari tadi.

Lima daerah terjejas adalah Pasir Mas, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Tumpat.

Keadaan sama direkodkan di Terengganu yang menyaksikan jumlah mangsa di lima daerah di negeri itu terus berkurangan kepada 1,817 orang di  24 PPS petang ini berbanding 2,576 orang di 31 PPS tengah hari tadi melibatkan daerah Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Marang dan Setiu.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor petang ini juga merekodkan sedikit penurunan kepada 55 orang daripada 15 keluarga yang masih berlindung di tiga PPS di Segamat berbanding 63 mangsa daripada 16 keluarga tengah hari tadi.

Berdasarkan tinjauan status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai di Kelantan iaitu Sungai Kelantan di Jeli, Sungai Kelantan di Gua Musang dan Sungai Golok di Pasir Mas kekal berada pada paras bahaya setakat petang ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar