web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Maut, Ibu Dan Bayi Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Kimanis-Keningau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 12:55PM

Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau yang tersepit dalam sebuah kereta, tengah malam tadi. - gambar JBPM Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua lelaki maut manakala seorang ibu dan bayinya cedera apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Batu 16, Jalan Kimanis-Keningau dalam kejadian sekitar tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Hamsa Isnurdin berkata dua lelaki yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Izuddin Abu Hasan, 32, dan Mohd Kasim Labadillah, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata tiada maklumat diperoleh pihaknya buat masa ini mengenai identiti ibu dan bayi tersebut kerana telah dibawa ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Ibu dan bayinya telah dikeluarkan orang awam dari dalam kereta dan dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan, pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan dua mangsa lain (dalam kereta) menggunakan peralatan khas.

“Pemandu dan seorang penumpang lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi ditamatkan pada 3.15 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar