web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama Persekutuan, Negeri Perlu Dalam Tangani Banjir - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 10:03AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendengar taklimat mengenai banjir di Kelantan. - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Usaha menangani bencana dan musibah banjir memerlukan kerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia berikutan kerjasama kedua-dua pihak melancarkan proses membantu mangsa banjir.

“Dalam menghadapi musibah banjir termasuk di Kelantan, kerjasama semua pihak sama ada jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sangat dituntut bagi membantu mangsa banjir.

“Alhamdulillah,kerjasama kedua-dua pihak ketika ini telah menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Perdana Menteri sebelum itu melawat Kelantan bagi meninjau keadaan banjir dan usaha yang dilaksanakan dalam membantu penduduk terjejas banjir yang kini melanda beberapa negeri di Pantai Timur.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau turut mengumumkan beberapa projek Baharu dalam lawatannya di di Pasri Mas, dalam usaha mengatasi masalah banjir.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan projek bina benteng sementara bagi Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok  Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta

Sebelum ini, sebahagian benteng projek berkenaan di Kampung Lanchang pecah dengan kelebaran mencecah 20 meter selepas paras air Sungai Golok serta arus deras melepasi ketinggian benteng terbabit.

Anwar berkata, Kerajaan Kelantan juga sudah menyatakan persetujuan untuk menyegerakan segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2.

Katanya,  proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta pula akan dimulakan tahun depan

“Moga segala dirancang ini bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah banjir yang berlaku,” katanya. – Getaran, 29 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar