web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Ucap Takziah Kepada A. Samad Said Atas Pemergian Isteri, Salmi Manja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 12:08PM

Allahyarham Salmi Manja meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya semalam. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A.Samad Said atas pemergian isteri tercinta Datin Seri Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja yang meninggal dunia semalam.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat Datuk Seri A.Samad Said sekeluarga di atas kehilangan isteri tercinta beliau.

“Allahyarhamah Hajah Saleha Rashid @ Salmi Manja, bekas wartawan dan penulis tersohor telah meninggal dunia semalam. Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di Facebook. 

Semalam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Allahyarhamah Saleha, 87, menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada tengah hari.

Allahyarhamah Saleha merupakan bekas wartawan, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita profesional generasi pertama di Malaysia, di samping merupakan ahli Angkatan Sasterawan '50 (ASAS 50). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad