web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PU Syed Tegur Tingkah Laku Sanusi Ralit Berkaraoke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 10:10AM

PU Syed. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tingkah laku Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyanyi dalam satu sesi live bersama dengan seorang wanita seharusnya tidak berlaku.

Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau dikenali sebagai PU Syed, berpendapat ia berikutan perbuatan Muhammad Sanusi itu hanya akan menimbulkan stigma daripada parti lawan.

Katanya, sebagai seorang pemimpin PAS, yang memegang jawatan di peringkat tertinggi, Muhammad Sanusi sewajarnya tidak memperlihatkan serta mempersembahkan perkara yang sepatutnya dilakukan dalam ruang peribadinya.

“Kalau boleh, kalau Datuk Seri nak berkaraoke, nak buat apa saja buatlah secara personal, persendirian di rumah sendiri.

“Tak perlu kita tunjuk kepada masyarakat sebab status Datuk Seri adalah seorang Menteri Besar mewakili parti PAS dan Datuk Seri mempunyai satu jawatan yang besar iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga memegang jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pusat.

“Jadi benda macam ini walaupun mungkin tidak memberi kesan bagi Datuk Seri tetapi bagi kami orang yang beraliran agama ini memandang perkara ini sebagai sangat tidak bagus apatah lagi ia akan menyebabkan satu stigma daripada pihak lawan dan daripada kita sendiri sebagai pendokong (agama) menganggap satu perkara yang nampak macam tak ada apa-apa tetapi hakikat menjatuhkan kredibiliti seorang pemimpin,” katanya dalam satu hantaran melalui media sosial.

Hantaran Syed Mohd Bakri itu sebagai mengulas perilaku Muhammad Sanusi berkaraoke dengan seorang perempuan sehingga pukul 2 pagi, baru-baru ini.

Beliau turut mendakwa video berkenaan ditularkan oleh pihak lawan.

Justeru, Syed Mohd Bakri berkata, beliau berharap agar perbuatan berkenaan tidak dilakukan lagi oleh Muhammad Sanusi di masa depan.

Katanya, tegurannya itu diharap sampai kepada Muhammad Sanusi selain berharap mereka dapat sentiasa tegur menegur antara satu sama lain.

“Apa yang bagus kita sokong, apa yang tak bagus kita tegur dan kita cegah daripada diteruskan sebab dengan perbuatan ini memberi contoh kepada masyarakat, kepada rakyat dan sebagainya.

“Dalam keadaan kita tengah susah payah dan sebagainya ini kurang-kurangkan lah kita (pemimpin) tunjuk perkara seperti itu agar mendapat manfaat kepada semua.

“Banyakkan mendekatkan diri kepada Allah. Banyakkan berdoa kepada Allah agar Allah membantu pentadbiran Datuk Seri agar terus mentadbir dengan cemerlang negeri Kedah insya-Allah,” katanya. – Getaran, 27 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar