web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Rekod 9 Kematian Akibat COVID-19 Sejak 1 Disember

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 8:23PM

Satu kematian dicatatkan sepanjang ME51 berbanding tiga pada ME sebelumnya - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebanyak sembilan kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Kedah sejak 1 Disember lalu hingga berakhir Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 2023 antara 17 hingga 23 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, satu kematian dicatatkan sepanjang tempoh itu berbanding tiga pada ME sebelumnya.

Selain itu katanya, terdapat dua kluster dilaporkan dalam ME51 melibatkan sebuah kilang di Kuala Muda dan pusat jagaan warga emas di Kota Setar.

"Secara keseluruhannya, terdapat 1,313 kes dicatatkan sepanjang ME51 iaitu peningkatan sebanyak 266 kes atau 25/4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

"Kebanyakan kes bergejala ringan dan menjalankan pengasingan di rumah," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan, sebanyak 142 individu dimasukkan ke wad biasa bagi tempoh berkenaan manakala 10 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Majoriti kes yang dilaporkan pada ME51 adalah melalui saringan bergejala iaitu sebanyak 88 peratus," katanya.

Dalam pada itu katanya, daerah Kulim mencatat kes terbanyak di sepanjang ME51 iaitu sebanyak 498 kes diikuti Kuala Muda dengan 352 kes.

"Daerah ketiga mencatatkan kes terbanyak adalah Kota Setar iaitu sebanyak 150 kes diikuti Kubang Pasu (105), Baling (65), Pendang (50) dan Langkawi serta Yan yang masing-masing mencatat 28 kes.

"Sik mencatat sebanyak 17 kes manakala Bandar Baharu pula merekodkan 13 kes. Selain itu di Padang Terap terdapat tujuh kes yang direkodkan," katanya. - Getaran, 26 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad