web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nama Fadillah Yusof Sekali Lagi Digunakan Untuk Akaun FB Palsu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 8:34PM

Tangkap layar akaun Facebook palsu yang dikatakan milik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof . - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama ‘Haji Fadillah Yusuf’ adalah palsu.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, beliau berkata ia merupakan akaun palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar,” menurut hantaran yang dibuat di Facebook rasminya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata aduan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut berhubung akaun palsu tersebut.

Sementara itu tinjauan Bernama di Facebook  ‘Haji Fadillah Yusuf’ mendapati akaun berkenaan mempunyai 379 kawan dengan ‘posting’ pertama di akaun berkenaan adalah pada 12 Nov lepas yang memuat naik poster ucapan Selamat Hari Deepavali.

Pada 20 Nov lepas, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad