web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Empat Lelaki Mangsa Banjir Terperangkap Atas Pokok Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 4:41PM

Anggota bomba membantu mangsa banjir yang berlindung atas sepohon pokok. - gambar JBPM Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Empat lelaki mangsa banjir termasuk dua warga asing berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba selepas terperangkap di atas pokok dalam kebun sayur bersebelahan Sungai Brooke dekat Pos Blau, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata mangsa yang merupakan dua lelaki warga tempatan dan dua warga Myanmar berusia lingkungan 24 hingga 69 tahun, terperangkap lebih empat jam di atas pokok rambai apabila tempat tinggal mereka di dalam kebun sayur itu hanyut dibawa arus deras sungai.

“Kesemua mangsa melarikan diri ke stor baja sebelum terpaksa memanjat pokok tersebut untuk menyelamatkan diri kira-kira 5 pagi tadi dan terus menghubungi majikan mereka berhubung kejadian tersebut.

“Seramai lapan anggota bergegas menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda (4WD) ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.30 pagi dan kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada 9.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Azizi berkata sebuah bot penyelamat turut digunakan untuk meredah arus sungai dalam usaha membawa mangsa turun dari atas pokok ke tempat yang selamat.

“Kejadian awal pagi tersebut berlaku berhampiran lokasi jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis yang terputus hubungan baru-baru ini apabila dinaiki air sedalam lebih dua meter sejauh 150 meter,” katanya - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad