web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Petang Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 6:02PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 5 petang ini agak perlahan berikutan orang ramai mengambil peluang cuti panjang sempena Krismas untuk berjalan bersama keluarga dan pulang ke kampung, namun tiada kesesakan luar biasa dilaporkan di jalan-jalan utama menghala keluar dari ibu negara.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi BERNAMA berkata, trafik perlahan berlaku di beberapa lokasi antaranya arah utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat.

“Selain itu, aliran trafik juga perlahan arah selatan dari Kuala Kangsar ke Sungai Perak dan dari Senawang ke Port Dickson (U) menghala utara,” katanya.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan trafik perlahan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE) arah selatan dari Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga dilaporkan sesak dan perlahan menghala Kuala Lumpur dari Kilometer (KM) 20.8 hingga ke Plaza Tol Gombak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad