web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Kelantan: 10 Kampung Di Kuala Krai Dinaiki Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 1:11PM

Seorang penduduk mendayung perahu di hadapan rumahnya yang dinaiki air - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Hampir 10 kampung di Chenulang di sini, mula dinaiki air awal pagi tadi berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Penduduk, Mohd Riduan Jusoh, 39, berkata air mula naik di sekitar rumahnya kira-kira 1 pagi sehingga paras paha menyebabkan dia terpaksa menggunakan perahu untuk melakukan rutin harian.

"Saya sekeluarga baru sahaja pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang minggu lepas dan bersihkan sekitar rumah.

"Sekarang saya kena berjaga-jaga sekiranya air naik lagi tinggi, saya tidak teragak-agak untuk pindah ke PPS semula kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk dari Kampung Enggong, Jemellah Mamud, 64, berkata rumahnya telah dinaiki air sebanyak empat kali tahun ini kerana terletak di kawasan rendah, justeru semua barangan perabot dan peralatan elektrik diletakkan di tempat yang tinggi.

"Pukul 2 pagi tadi air dah mula masuk ke dalam rumah dan setiap kali musim hujan berlaku, saya tidak boleh tidur nyenyak kerana tahun ini sahaja sudah empat kali rumah saya dinaiki air," katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan sekitar kampung berkenaan hari ini juga mendapati beberapa penduduk telah mula mengalihkan kenderaan ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) di seluruh Terengganu dan Kelantan serta beberapa lokasi di Pahang hingga esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 6 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad