web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Bebas Jalin Hubungan Dengan Mana-mana Negara – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 5:24PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia bebas menyuarakan pandangan dan pendiriannya termasuk dalam menjalin hubungan baik dengan mana-mana negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Malaysia perlukan sahabat, pelaburan dan negara ini juga tidak upaya berperang dengan orang (negara lain), kita nak baik dengan semua orang (negara),” katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini hari ini.

Beliau berkata Dasar Pandang Ke Timur yang sebelum ini menjadikan hanya Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh model pembangunan ekonomi, kini turut merangkumi China.

"Dasar Pandang Ke Timur, masa tu (diperkenalkan tahun 1982) (hanya fokus kepada) Jepun dan Korea (kerana) masa itu keadaan ekonomi China suram tetapi sekarang ekonomi China melonjak dari segi teknologinya, industri dan kekuatan universitinya.

Xi Jinping (Presiden China) juga menekankan beberapa hal yang sangat menarik kerana satu-satunya pemimpin yang membicarakan soal peradaban dan nilai, sebab itu saya kata Dasar Pandang Ke Timur harus merangkumi China, Jepun dan Korea Selatan," katanya.

Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1982 bagi mempelajari strategi pemodenan ekonomi, terutamanya dari Jepun dan Korea Selatan.

Anwar dalam masa yang sama berkata hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat kekal baik biarpun pada masa ini negara menjalinkan hubungan baik dengan China.

"Sebelum dan selepas (kepimpinan Presiden Amerika Syarikat) Joe Biden, hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat masih baik tapi janganlah anggap kita tidak boleh suarakan pandangan kita.

China itu jiran, itu kuasa besar, dia ada hubungan baik dengan kita, kita baik dengan dia, dia ada masalah dengan Amerika Syarikat, itu masalah dia dengan Amerika Syarikat, buat apa kita campur lebih dari itu," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar