web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trend Motosikal Tiada Brek Belakang Semakin Membimbangkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 4:25PM

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh (tengah) ketika memeriksa motosikal yang disita melalui Operasi Motosikal/Samseng Jalanan di sekitar ibu negara. Sabtu lalu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trend mengubah suai motosikal dengan menanggalkan brek belakang semakin membimbangkan dengan rata-rata penunggangnya memberikan alasan kononnya perbuatan itu dapat melajukan kenderaan dua tayar berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata pihaknya telah mengesan sebanyak 83 motosikal yang tidak mempunyai brek belakang dalam Operasi Motosikal/Samseng Jalanan di sekitar ibu negara, Sabtu lepas.

“Dalam operasi sebelum ini, hanya terdapat satu, dua kes sahaja bagi kesalahan mengubah suai motosikal (tiada brek belakang), namun dalam operasi yang dilakukan baru-baru ini, sebanyak 83 kes berjaya dikesan dan keadaan ini sangat membimbangkan.

“Perbuatan itu bukan hanya berbahaya kepada penunggang motosikal itu sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain,” katanya pada sidang media operasi terbabit di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya akan memastikan masalah itu ditangani sebaik mungkin dengan melakukan operasi setiap hari dan minggu supaya trend ini dapat disekat daripada berleluasa.

Sarifudin berkata dalam operasi yang sama, sebanyak 633 saman lain juga telah dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada cermin sisi dan cukai jalan tamat tempoh.

Sementara itu, Sarifudin memaklumkan sebanyak 188 kes kemalangan maut direkodkan di Kuala Lumpur sejak awal tahun ini hingga 18 Dis lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad