web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


98 Kematian Akibat COVID-19, Satu Detik Hitam Buat Malaysia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 8:21AM

Kematian tertinggi direkodkan di Malaysia pada Sabtu sejak COVID-19 menyerang tahun lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian COVID-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula,” demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Menyuarakan keresahannya, beliau berkata pertambahan 98 kes kematian COVID-19 itu menyaksikan angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 2,650 kes.

Katanya perkembangan itu menyebabkan bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung pertambahan mendadak jumlah jenazah.

“Sebanyak 471 kematian berlaku pada tahun 2020 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021.

“Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan. Ini merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Dr Noor Hisham berkata berikutan itu, perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus untuk jenazah pesakit atau bukan pesakit COVID-19 di lima hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh di Selangor; Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dan Hospital Queen Elizabeth I di Sabah serta satu 'fleximort’ khusus untuk jenazah pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selangor.

Beliau berkata setiap kontena khas itu boleh menampung kapasiti maksimum 20 jenazah manakala bagi “fleximort” sebanyak 12 jenazah.

Lebih membimbangkan, Dr Noor Hisham berkata jika kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan dan kapasiti KKM untuk merawat, doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit dengan potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya lebih rendah.

“Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum.

“Bantulah kami agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali,” katanya.

 Beliau berkata semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19.

“Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata dalam mengimbangi nyawa serta kehidupan, adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan mereka adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.

“Marilah kita kekal duduk di rumah dan jika anda mempunyai urusan penting di luar, pastikan anda mematuhi SOP agar diri dan ahli keluarga dilindungi.

“Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan. #LockdownKendiri #BantuSistemKesihatanNegara,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran