web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekarangan Apartment Idaman Tidak Semeriah Dulu - Penduduk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 6:11PM

Taman permainan di hadapan Blok R, lokasi Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin pernah bermain. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Jika dahulu pekarangan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, khususnya kawasan taman permainan, pastinya meriah dan riuh-rendah dengan suara kanak-kanak apabila musim cuti sekolah tetapi kini ia menjadi sunyi sepi sejak timbul kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 5 Disember lalu.  

Tinjauan BERNAMA mendapati bukan sahaja kawasan taman permainan, tempat parkir kenderaan, kaki lima dan anak tangga di semua blok di sini kelihatan lengang, tidak seperti kebiasannya yang meriah dengan kelibat kanak-kanak kanak-kanak bermain di situ. 

Menurut salah seorang penduduk di sini yang juga penolong perubatan di klinik berdekatan, Wan Hakim Abdul Aziz, 28, kebanyakan ibu bapa tidak lagi membenarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah sejak insiden tragis itu berlaku.

"Semua blok sekarang sunyi, tapi yang paling sunyi blok ini (blok R) sebab di sini biasanya paling meriah," katanya.

Sementara itu, pengasuh, Rahmah Resap, 52, berkata, sejak berlakunya kejadian yang menimpa adik Zayn Rayyan, sudah tiada kanak-kanak yang melepak sampai malam di apartment ini serta tiada juga kanak-kanak yang bermain buaian di taman permainan.

“Selain itu, saya perasan jika ibu bapa membawa anak mereka ke kedai berhampiran, mereka akan pastikan anak mereka berjalan di hadapan. Kalau dulu, tidak kesah pun anak berjalan di belakang,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, penduduk di blok bertentangan lokasi kejadian Mohd Helmi Abdullah, 59, berkata sebelum ini apabila tiba musim cuti sekolah, memang taman permainan ini menjadi tumpuan kanak-kanak di sini.

"Sunyi, sekarang tak ada siapa yang bagi anak keluar, sebelum ini kalau cuti sekolah meriah dengan kanak-kanak bermain," katanya.

Penyiasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan yang memasuki hari ke-12 hari ini berjalan seperti biasa dengan kehadiran sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 12.45 tengah hari. 

Pihak polis juga dilihat beredar keluar dari lokasi kejadian kira-kira pada pukul 2.20 tengah hari, dua jam selepas meneruskan proses penyiasatan di lokasi kejadian.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan Bebas Tuduhan Pengabaian, Ismanira Diperintah Bela Diri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Bukan Sambil Lewa - Pegawai Penyiasat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Zayn Rayyan Mati Akibat Dijerut - Pakar Forensik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Zayn Rayyan: Tawaran Ganjaran Tidak Ganggu Siasatan - KPN

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad