web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Tiada Arahan Wajibkan Semula Rakyat Malaysia Dapatkan Dos Penggalak – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 2:14PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19, seperti yang tular di media sosial ketika ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) buat masa ini, hanya menggalakkan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

“Ini sedikit salah faham yang berlaku akibat media sosial, sebelum kita sebar maklumat, tolong pastikan kandungan sebenar, kadang-kadang antara tajuk dan isi kandungan dia agak berbeza, dan saya sarankan supaya kita teliti dahulu (kandungan),” katanya kepada pemberita di Wisma Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan agensi berita Xinhua yang turut dihadiri Ketua Pengarang Bernama (yang juga menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif) Nur-ul Afida Kamaludin.

Turut hadir, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.

Fahmi berkata beliau juga akan bertemu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi menyarankan beliau untuk mengadakan perjumpaan dengan ketua pengarang akhbar dan media di negara ini, dalam memperjelas isu berkaitan dos penggalak tersebut.

Berhubung isu dakwaan bahawa warganegara China yang menyertai dan mendapat pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) layak mendapat status penduduk tetap (PR) negara ini, Fahmi berkata perkara itu hanyalah fitnah dan tohmahan tidak berasas, yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.

Fahmi berkata adalah jelas dan nyata bahawa sesiapa pun yang ingin mendapat kewarganegaraan Malaysia, perlu melalui proses dan saringan ketat.

“Kerajaan akan jamin keadaan terkawal dan tidak mudah untuk kita dengan begitu sahaja menyerahkan atau mengurniakan status kewarganegaraan, kepada sesiapa sekali pun,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media kononnya seorang menteri didakwa membuat pengumuman bahawa, warganegara China yang menyertai dan mendapat pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), layak mendapat status penduduk tetap (PR) negara ini.

Dilapor, Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin membuat kenyataan itu di aplikasi X, selepas mendakwa ‘mendengar cerita’ mengenai perkara itu.

Fahmi berkata beliau kesal kenyataan itu dibuat Pengerusi PAC sendiri, yang mempunyai kuasa dan hak untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan di Parlimen, namun gagal berbuat demikian. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad