web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Empat Kampung Di Kuala Krai Terjejas Selepas Jambatan Runtuh Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 8:15AM

Keadaan jambatan yang runtuh selepas kawasan berkenaan dilanda banjir. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Kira-kira 500 penduduk daripada empat kampung dekat Chenulang di sini, terputus hubungan apabila sebuah jambatan runtuh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Empat kampung itu adalah Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Batu Pagar.

Penduduk Mohd Mahdam Abdullah, 30, dari Kampung Pasir Jering berkata kejadian tersebut disedarinya 1 tengah hari tadi selepas air di kawasan rumahnya mulai surut hari ini.

"Walaupun banjir besar pernah berlaku pada 2014 tetapi jambatan ini tidak runtuh dan kejadian ini adalah kali pertama berlaku di kampung kami.

"Apabila jambatan runtuh ia akan menyukarkan penduduk kampung untuk melakukan aktiviti harian seperti membeli kelengkapan dapur dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Dia berharap pihak berwajib segera membina jambatan baharu supaya penduduk dapat melakukan rutin harian tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Datuk Azudin Hassan ketika mengadakan tinjauan di lokasi kejadian berkata buat masa ini, pihaknya menyediakan dua bot dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebuah bot dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk penduduk sekiranya berlaku kecemasan.

"Hampir 55 pegawai dan anggota polis, bomba, tentera dan APM bertugas untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad