web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


375 Cerucuk Besi Dipasang Di Tanah Runtuh Taman Wawasan Puchong – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 2:21PM

Kawasan terjejas akibat tanah runtuh di Taman Wawasan Puchong semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 375 cerucuk besi dipasang bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong, di sini, susulan kejadian tanah runtuh semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk besi di kawasan berkeluasan 150 meter itu telah dijalankan sejak 4 pagi tadi oleh sebuah jentera cerucuk.

“Selain memasang cerucuk besi, pemasangan kain kanvas juga akan dibuat di kawasan runtuhan bagi mengelakkan air meresap ke dalam tanah.

“Seperti sedia maklum cuaca pada setiap petang akan hujan, maka pemasangan kain kanvas ini sebagai langkah waspada untuk elak berlaku runtuhan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian, Puchong di Taman Wawasan, Puchong, di sini hari ini.

Anbalagan berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk besi itu dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya kawasan runtuhan itu berkeluasan 50 meter yang mengakibatkan empat kereta tertimbus.

“Setakat ini, sembilan rumah teres telah dikosongkan sebagai langkah keselamatan dan hanya satu keluarga sahaja ditempatkan di pusat pemindahan sementara, manakala penghuni terjejas yang lain berlindung di rumah saudara-mara berdekatan,” katanya.

Beliau berkata runtuhan tanah menyebabkan dua paip di bawah tanah bocor, selain terdapat sebatang tiang elektrik tumbang dan kerja-kerja pemotongan bekalan air dan elektrik telah dilaksanakan di kawasan terjejas.

Selain itu, katanya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) juga akan meneliti kawasan tanah runtuh dari semasa ke semasa untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Saya tidak boleh beritahu punca sebenar tanah runtuh itu berlaku kerana penelitian sedang dibuat oleh JMG dan mereka akan keluarkan laporan lengkap siasatan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Anbalagan juga menasihatkan penduduk terjejas yang ingin pulang ke rumah untuk mengambil dokumen penting atau barangan lain, diminta berjumpa anggota polis yang bertugas di Pusat Kawalan Tempat Kejadian.

Menurutnya anggota polis juga ditempatkan di kawasan terjejas sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kes kecurian di sembilan buah rumah teres yang dikosongkan.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 pada kira-kira 7.30 malam semalam menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

46 Cerucuk Besi Dipasang Kawal Pergerakan Tanah DI Puchong

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad