web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


46 Cerucuk Besi Dipasang Kawal Pergerakan Tanah DI Puchong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 12:31PM

Sebuah kereta model Honday City dibawa keluar dari kawasan tanah runtuh di Taman Wawasan Puchong. - gambar IPD Serdang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 46 cerucuk besi dipasang setakat ini bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong di sini, susulan kejadian tanah runtuh Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk besi itu dimulakan sejak semalam.

Beliau berkata terdapat pergerakan tanah dikesan melibatkan simen di depan pintu pagar beberapa rumah runtuh semalam.

"Sebuah kenderaan Honda City dikeluarkan menggunakan kren pada 6 petang semalam,” katanya.

Sementara itu, Anbalagan berkata pusat pemindahan sementara yang menempatkan lapan orang daripada satu keluarga ditutup secara rasmi 9 malam tadi.

Pada Sabtu lepas, seramai 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Sebelum ini dilaporkan sebanyak 375 cerucuk besi akan dipasang bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan itu, selain sebuah kereta Honda City yang diparkir di tepi jalan dilihat terjunam ke dalam gaung akibat kejadian berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

375 Cerucuk Besi Dipasang Di Tanah Runtuh Taman Wawasan Puchong – Polis

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad