web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 700 Saman Pelajar Sekolah Direkodlan Di Petaling Jaya Sejak Januari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 2:21PM

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi menyampaikan replika lesen memandu kepada pelajar pada Program Prihatin Lesen Memandu Murid Sekolah Parlimen Petaling Jaya 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, hari ini. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Sebanyak 689 saman kesalahan lalu lintas membabitkan pelajar dua sekolah di Petaling Jaya direkodkan sejak Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata antara kesalahan yang dikenal pasti adalah  tiada lesen memandu yang sah, mengubah suai motosikal, lesen kenderaan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar membabitkan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

"Bagi menangani masalah ini, pihak polis sering mengadakan program kesedaran kepada pelajar di sekolah menerusi Op Didik mengenai kesalahan lalu lintas serta kesalahan jenayah," katanya pada sidang media selepas Program Prihatin Lesen Memandu pelajar sekolah Parlimen Petaling Jaya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Medan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai Op Didik menyebabkan pelajar takut hadir ke sekolah, Sasikala Devi berkata operasi tersebut adalah usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendidik dan memberi kesedaran supaya pelajar mempunyai pengetahuan serta mematuhi undang-undang jalan raya serta kesalahan jenayah lain.

Terdahulu, Sasikala Devi menyampaikan lesen memandu percubaan (lesen L) secara percuma kepada 100 pelajar SMK Taman Medan dan SMK Taman Datuk Harun serta anak warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebagai usaha memastikan mereka memiliki lesen menunggang motosikal yang sah.

Sasikala Devi berkata pemberian lesen itu adalah kerjasama IPD Petaling Jaya dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dan Institut Memandu Safety Driving Centre Sdn Bhd melibatkan kos RM17,000.

"Ini adalah projek pertama dan mungkin akan diteruskan bergantung kepada semua pihak yang boleh berkolaborasi serta tajaan daripada pihak berkaitan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar