web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inisiatif Payung Rahmah Diteruskan Sebagai Agenda Nasional Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Dec 2023 8:49PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat aplikasi 'Price Catcher' pada perasmian Karnival Barangan Malaysia. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu Datuk Armizan Mohd Ali. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan kerana ia merupakan agenda nasional negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata inisiatif Payung Rahmah itu akan diperkasa bukan hanya melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) malah merangkumi beberapa kementerian lain.

“Ia (Rahmah) jadi agenda nasional bukan hanya kementerian semata-mata tetapi ia memayungi kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat," katanya dalam sidang media selepas perasmian Karnival Barangan Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Salahuddin, ketika menjawat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah bagi membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup terutama ketika negara dan ekonomi sedang pulih daripada kesan pandemik COVID-19.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan memberikan suntikan peruntukan RM200 juta bagi inisiatif Payung Rahmah untuk tahun depan menerusi Belanjawan 2024 Malaysia MADANI.

Sementara itu, ditanya mengenai kerjasama UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan), Armizan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata kerjasama itu tidak akan menjejaskan kestabilan politik di Putrajaya.

“Komitmen sekarang kita memastikan kestabilan kerajaan di peringkat Persekutuan, saya fikir semua terlibat beri komitmen dan sekarang kedudukan kita jauh mencukupi kerusi untuk kekal stabil,” katanya.

Media hari ini melaporkan UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Gambaran kerjasama itu semakin jelas apabila Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hadir memenuhi undangan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan yang diadakan di Dewan Hakka Likas, hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad