Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KSU Kementerian Baharu Diumum Masa Terdekat – KPPA

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 4:29PM

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pelantikan Ketua Setiausaha (KSU) untuk kementerian baharu yang diwujudkan susulan rombakan Kabinet pada Selasa lepas akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Beliau berkata rombakan dalam kalangan KSU akan dilaksanakan untuk memastikan setiap kementerian itu diterajui KSU bagi penyelarasan di peringkat kementerian agar tidak berlaku sebarang pertindihan tanggungjawab dan kuasa.

"Sudah tentu akan ada lagi (KSU). Rombakan KSU yang akan dilakukan untuk memastikan semua kementerian mempunyai KSU masing-masing," katanya kepada media selepas membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID bersama warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan rombakan Kabinet pada 12 Dis lepas mengumumkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dipecahkan.

NRECC dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, manakala KKD dipecahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Mengenai perkembangan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Zulkapli berkata laporan interim kajian sistem itu yang mengandungi syor-syor dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri pada Januari tahun hadapan.

"Ia (laporan) masih memerlukan tambah baik kerana ini ialah laporan pertama yang disediakan selepas sahaja Perdana Menteri mengarahkan satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam," katanya.

Pada 14 Julai lepas, kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012. Susulan itu, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) diadakan pada 7 Ogos lepas bagi membincangkan SSPA sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

Berkenaan MyDigital ID, Zulkapli berkata usaha akan dilakukan untuk memastikan semua penjawat awam berdaftar dengan MyDigital ID yang akan memberi kemudahan bagi urusan penyampaian perkhidmatan lain melibatkan semua kementerian.

Beliau berkata MIMOS Bhd sebagai agensi pelaksana program MyDigital ID akan menyediakan kemudahan mencukupi menjelang pertengahan tahun hadapan, dan seterusnya pendaftaran mula dilaksanakan kepada semua kementerian dan seluruh negara.

MyDigital ID merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian dengan kemudahan single sign on (SSO). - BERNAMA

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok

Semasa 10 jam yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sukan 10 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi