web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Baharu Berupaya Pacu Ekonomi Negara – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 5:34PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan bersama jemaah Menteri Persekutuan selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia di Istana Negara semalam. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini adalah lebih baik dari segi jumlah, pengalaman dan keupayaannya untuk memacu ekonomi negara, kata Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dalam sidang media di sini hari ini berkata beberapa penganalisis juga ada menyatakan Kabinet Kerajaan Perpaduan kali ini susulan pengumuman rombakan Kabinet semalam adalah jauh lebih baik berbanding Kabinet kerajaan terdahulu.

Mengulas kenyataan Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkan barisan Kabinet baharu itu mengecewakan, Fahmi berkata : “Bagi yang kecewa itu, nasihat saya ialah jangan pendam kecewa itu, tampil ke meja rundingan seperti ditegaskan Perdana Menteri. Kita putuskan beberapa perkara dan kita hidup berharmoni, rukun aman damai.”

Semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan Kabinet yang diumumkan oleh Anwar sebagai “Kabinet balas budi”.

Mengenai hasrat dan amanat yang dititipkan Perdana Menteri terhadap Kabinet baharu ini, Fahmi berkata Anwar mahu barisan Jemaah Menteri bekerja keras melaksanakan usaha menyelesaikan masalah rakyat.

“Dengan adanya contoh teknokrat, ada beberapa Ahli Parlimen yang pernah berkhidmat dalam Jemaah Menteri maka ada tanda positif penerimaan dalam kalangan rakyat dan akar umbi malah dalam kalangan mungkin sektor korporat.

“Yang jelas Perdana Menteri memaklumkan hasrat rakyat untuk melihat perubahan itu ialah hasrat menggunung bermaksud ramai kalangan menteri yang baharu, mereka perlu bergerak dengan cepat, tiada tempoh bulan madu,” katanya menambah, menteri dan timbalan menteri baharu dilihat sedia bekerja.

Semalam, Anwar melakukan rombakan Kabinet yang pertama sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, dalam usaha memperkukuhkan pentadbiran sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa.

Rombakan Kabinet itu menyaksikan pertambahan bilangan Jemaah Menteri, pengguguran seorang menteri serta penampilan tokoh korporat sebagai muka baharu, selain kemunculan semula lima bekas menteri.

Mengenai pengasingan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital, beliau berkata langkah pengasingan itu penting dalam usaha kerajaan meningkatkan pembangunan ekonomi negara khususnya dalam sektor digital.

“Penting saya tegaskan kenapa Kementerian Komunikasi dan Komenterian Digital dipecahkan sebab dalam pengalaman saya dan saya dah sampaikan juga kepada Perdana Menteri, aspek digital ini adalah aspek yang sebelum ini mencakupi dan merangkumi sejumlah kementerian yang lain.

“Sebagai contoh dari segi pelaporan, agensinya adalah MyDigital Corp di bawah Kementerian Ekonomi bagi sektor digital manakala bagi pemula di bawah MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi),” katanya.

Sehubungan itu, katanya keputusan untuk memisahkan dan menjadikan digital itu satu kementerian adalah satu keputusan yang tepat dan tepat pada masanya

“Dengan ada semua agensi ini nanti dan diselaraskan oleh seorang menteri yang fasih dengan undang-undang dan faham dengan pentingnya aspek kawal selia terutama dalam teknologi, bukan hanya kecerdasan buatan (AI) tetapi kecerdasan umum buatan (AGI),” katanya.

Fahmi menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi manakala Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia sebagai Menteri Digital. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad