web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Pandu Melulu, Himpit Motosikal Dinaiki 4 Sekeluarga Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 8:05AM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara melulu hingga menyebabkan empat sekeluarga yang menaiki motosikal terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Sungai Besi di sini, tengah hari semalam. 

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 21 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dari arah Sungai Besi ke Balakong menukar lorong secara tiba-tiba dan melanggar motosikal yang dinaiki empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, akibat kejadian itu, kesemua mangsa yang berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, di sini.

“Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak dan pemandu Ford Ranger itu ditahan sebelum dituduh di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur esok,” katanya dalam kenyataan semalam.

 Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pejabat JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan motosikal dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Tular Langgar 4 Beranak Tunggang Motosikal Didenda RM6,000

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Remaja Maut, 4WD Terbalik Selepas Hilang Kawalan

3

Semasa 4 tahun yang lalu

4 Sekeluarga Maut Bertembung Pacuan 4 Roda

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad