web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Tular Langgar 4 Beranak Tunggang Motosikal Didenda RM6,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 4:05PM

Pemandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger yang tular kerana memandu secara melulu sehingga melanggar empat sekeluarga di Lebuhraya Besraya, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang tular kerana memandu secara melulu sehingga melanggar empat sekeluarga yang menaiki motosikal di Lebuhraya Besraya, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhi hukuman itu ke atas pereka grafik Mohammad Harith Ismail, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Mohammad Harith didakwa memandu kenderaan itu di atas jalan raya dengan tidak cermat dan prihatin di Lebuhraya Besraya dari arah Sungai Besi menghala ke Balakong di sini pada 12.30 tengah hari, semalam. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara maksimum 12 bulan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Fatin Dayana menasihati tertuduh supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa memandu.

Timbalan Pendakwa Raya R.Harvind memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mohammad Harith yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak sengaja melakukan kesalahan tersebut.

“Saya bukan orang sini, saya tidak arif dengan selok-belok jalan (lokasi kejadian). Saya juga tidak melarikan diri atau meninggalkan mangsa di situ, sebaliknya terus hantar mereka ke hospital,” katanya.

Semalam, BERNAMA melaporkan tular di laman sosial rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan motosikal dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Hasil siasatan polis mendapati kesemua mangsa yang berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad