web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Khas Untuk Percepat Kelulusan Perolehan Pasukan Keselamatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 11:49AM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican telah diminta memantau pasukan itu bagi memastikan semua kelulusan dipercepatkan. 

Berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan di sini hari ini, beliau berkata, sistem perolehan untuk pasukan keselamatan negara perlu dirombak supaya lebih telus.

“Minggu lepas, saya ada perbincangan santai dengan rakan di Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan badan penguatkuasaan. Tentunya semua menuntut perbelanjaan lebih besar kerana kelengkapan pertahanan terbiar.

“Sistem perolehan agak lemah, nama sistem perolehan tetapi tidak diperoleh. Dia banyak ketirisan… jadi faktanya apa? Ia harus dirombak dan lebih telus, biar golongan profesional berikan pandangan dan kita nilai dari segi Kementerian Kewangan,” katanya.

Meskipun telah memasuki akhir tahun, Anwar berkata, kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara wajib disegerakan untuk mereka melaksanakan tugas dengan baik.

“Walau akhir tahun, kita berikan keputusan (kelulusan) agar mereka teruskan kerja," katanya.

Sementara itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada warga Kementerian Kewangan yang menurutnya telah bekerja sebagai satu pasukan dalam tempoh setahun ini untuk membangunkan negara.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad