web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Guna Falco, Jimmy Jejak Bukti Pembunuhan Zayn Rayyan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 7:14PM

Polis menggunakan khidmat anjing pengesan untuk menjejaki bukti pembunuhan Zayn Rayyan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) iaitu Falco dan Jimmy, bagi menjejaki bukti pembunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan di kawasan penemuan mayatnya di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

Dua ekor anjing itu tiba pada 1.50 tengah hari tadi bagi melakukan penjejakan semula di kawasan aliran anak sungai berhampiran apartment berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata Unit Anjing Pengesan K9 itu, dibawa bagi mendapatkan petunjuk baharu yang mungkin akan membawa kepada penemuan suspek.

Unit Anjing Pengesan K9 sebelum ini memainkan peranan utama dalam usaha pencarian dalam beberapa insiden di dalam negara, yang memerlukan kepakaran yang tiada tandingnya berbanding peranti moden.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin berkata setakat ini belum ada pihak yang tampil memberikan rakaman kamera papan pemuka, walaupun terdapat banyak kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir di sekitar apartment terbabit.

“Saya memohon kepada individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka di kenderaan mereka untuk tampil dan memberikannya kepada pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi dan menyebarkan sebarang maklumat palsu, kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Sekiranya ada komen-komen daripada publik yang palsu dan mengganggu ketenteraman awam serta mencemar maruah kepada keluarga itu, kita akan ambik tindakan tegas kepada mereka yang menyebarkannya,” katanya.

Beliau berkata sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor SAC Baharudin Mat Taib tiba di lokasi kejadian kira-kira 1.30 tengah hari, bagi menjalankan siasatan.

Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, dan ditemukan maut dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad