web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Hilang Ditemukan Dalam Keadaan Lemah – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 4:40PM

Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi dijumpai oleh ibu bapa bersama guru sekolahnya di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam tadi. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras di sini Khamis lepas, ditemukan dalam keadaan lemah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata mangsa Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi dijumpai oleh ibu bapa bersama guru sekolahnya di masjid berkenaan berdasarkan maklumat orang awam.

“Ketika ditemukan, pelajar itu berada dalam keadaan letih, namun ada yang memberinya makanan (semasa tempoh hilang).

“Selain itu, tiada kecederaan fizikal kelihatan pada tubuhnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zam Halim berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu pihak polis sehingga mangsa berjaya dijumpai selepas maklumat berhubung kehilangan pelajar itu disiarkan media semalam. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar