web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perluaskan Program Kahwin Secara Serentak, Bantu Kadar Kelahiran Negara – Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 4:11PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyantuni pasangan pengantin pada program Akad Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana, di sini, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kadar kelahiran di negara ini yang semakin menurun, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata penganjuran majlis sedemikian juga membantu pasangan muda, khususnya dari sudut ekonomi memandangkan mereka tidak perlu menanggung kos pernikahan yang tinggi.

“Kalau buat majlis (pernikahan) sendiri, sama ada di masjid atau rumah, mereka kena bayar sewa ruang sekali, jadi dapat kita lihat bagaimana kerajaan boleh membantu untuk berkolaborasi (dengan majlis agama negeri).

“Penganjuran sebegini perlu dipertingkatkan dan mudah-mudahan dapat menambah bilangan penduduk kita di Sarawak dan seterusnya Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas program Akad Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana, di sini, hari ini.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Oktober lepas, kadar kesuburan penduduk Malaysia telah menurun dengan mendadak sejak lima dekad lepas, dengan bilangan anak bagi seorang wanita pada 2022 hanya 1.6 orang berbanding 6.7 orang pada 1957, sekali gus menjadikan kadar itu paling rendah pernah dicatat dalam negara.

Berikutan itu, Nancy dilaporkan berkata kementeriannya akan melaksanakan kempen berkaitan pembinaan keluarga bermula tahun depan, seperti penganjuran seminar bagi menggalakkan orang muda berkahwin seterusnya membina keluarga.

Terdahulu, Nancy menyaksikan seramai 30 pasangan selamat diijabkabulkan pada program Akad Semarak Ummah 2023 yang dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad